Assalamualaikum readers.. Tajuk entri kali ni mungkin ada susah sikit nak sebut, & mungkin ada yang dapat agak Zam nak cerita pasal satu resepi. Ha.. Memang nak cerita sal resepi, tapi kejap lagi.
Nak cerita, semalam Zam & kawan-kawan buat BBQ di rumah mereka. Cuti 31 Ogos kan.. Jadi selain ayam, Zam teringin nak sumbangkan 1 hidangan lagi. Jadi Zam buat la Udang A La Plancha ni. Resepi datang dari Masterchef Australia 7 baru-baru ni. Katanya ni resepi Mexico, jadi Zam nak cuba la sebab Zam memang suka masakan Mexico ni.
Berkenaan nama Plancha tu, ia berasal dari benda alah ni:
(sumber)
Haa.. Benda kat atas tu dipanggil plancha.. Mesti korang biasa tengok kat gerai burger kan..
Resepi udang ni sebenarnya dimasak di atas plancha, tetapi sebab Zam tak ada plancha tu, Zam guna kuali ceper biasa je. Nama je Udang plancha tapi guna kuali.. hehe..
Nak resepi, boleh tengok kat sini: http://tenplay.com.au/channel-ten/masterchef/recipes/prawns-a-la-plancha
nampak sedap la.. hihi
ReplyDeletemesti sdap ni..:)
ReplyDelete