Mangkuk besar, RM5
Assalamualaikum readers..
Dalam beberapa bulan ni, nama Aiskrim Gula Apong mula meniti populariti di kalangan masyarakat setempat di Kuching. Ada juga yang mendakwa perlu berbaris panjang untuk membelinya. Zam sendiri belum pernah berkesempatan menikmatinya, sehinggalah Isnin lepas bila Zam tak sengaja melintas di deoan gerai yang menjual aiskrim ini di pasaraya E Mart Batu Kawa. Sebelum ni, tak pernah perasan pun kewujudan cawangan Aiskrim Gula Apong ni di Batu Kawa, dan bila ditanya rupanya ia baru sahaja beroperasi sejak Jumaat lepas.
Gula Apong tu ape? Haa... Gula Apong ni Gula Melaka versi Sarawak, tapi ia dihasilkan dari air nira pokok nipah, dan berbeza dengan Gula Melaka di semenanjung yang diperbuat dari air nira pokok kelapa. Di Sarawak, pokok Nipah dikenali sebagai pokok Apong.
Rasanya macam aiskrim sundae, namun diperisakan dengan gula apong dan dituangkan lagi dengan cairan gula apong, yang menjadikannya cukup menarik.
Kenapa aiskrim ni boleh popular? Haa... Apabila kita menjadikan sesuatu yang ikonik dengan masyarakat setempat seperti gula apong kepada susuatu yang lebih moden & digemari, maka dengan itu makin cepatlah ia menjadi buah mulut orang ;)
Cawan kecil, RM2
Wah menarik ni...
ReplyDeletesedapnyaa..
ReplyDeletesodapppp... area teh tarik pun ada kan??
ReplyDeletemcm sdap..:)
ReplyDeleteteringin nak rasa..sedap je tgk
ReplyDelete