e

Saturday, October 31, 2015

Meraikan Tahun Ke 18 Sakae Sushi


Assalamualaikum readers..

Petang tadi Zam ke Sakae Sushi di Plaza Merdeka, Kuching untuk menikmati menu baru dari Sakae Sushi sempena hari terakhir promosi penjimatan harga beberapa menunya. Promosi ni berlangsung sejak bulan Ogos lalu, dan menawarkan 18 menu yang dijual hanya pada harga RM8 bagi setiap satu darinya (harga sebelum & selepas promosi adalah lebih tinggi).

Tapi cuma baru hari ini Zam berkesempatan menikmatinya. Di bawah ini adalah antara menu yang Zam teringin nak makan tadi, dan salah satu darinya merupakan menu yang berada dalam  promosi harga RM8
Mochi

Salmon Sushi (Salah satu menu dalam promosi = RM8)


Apapun sebelum masuk ke dalam restoran & menikmati semua hidangan di atas, Zam terlebih dulu bergambar di depan standee ni untuk melayakkan Zam mendapat satu baucer bernilai RM18 yang boleh digunakan sehingga 30 November ini. *Baucer ini tidak sah digunakan untuk hidangan yang telah diberikan promosi penjimatan harga. 

Hanya ambil gambar begini, terus dapat baucer RM18.. Tak ada syarat lain ;)

2 comments:

  1. SELAMAT MALAM...SYIRA LOKMAN SINGGAH TENGOK TUAN BLOG UPDATE APE..HEHE..KEEP IT UP ! :D

    ReplyDelete
  2. ambil gambar terus dapat baucer rm18. bestnya tapi ciktie tak berapa gemar sushi ni..

    ReplyDelete