Assalamualaikum readers.. Kali ni Zam nak kongsikan pengalaman Zam mencari cat untuk kediaman Zam di Kuching. Mungkin boleh dijadikan sedikit rujukan buat readers.
3 minggu lalu, Zam ke Jalan Pandungan sekitar Kuching mencari kedai yang mengedar cat Nippon Paint. Kenapa Nippon Paint jadi pilihan?
Haa..
Pertama; tarikan dari iklan Nippon Paint di Youtube dan media massa.
Kedua; Ada aplikasi Nippon Paint bagi pengguna Android macam Zam yang dapat digunakan untuk pilih warna cat dan padankan dengan gambar ruang rumah yang anda inginkan. Jadi bila dah berkenaan dengan warna tertentu dalam aplikasi tu yang padan dengan ruang dan perabot di rumah anda, bolehlah cari kod warna tu di kedai pengedar Nippon Paint.
Okay, ini pengalaman Zam. Biasanya kita ke kedai terus dan merujuk kepada risalah warna pilihan yang disediakan. Dan cat Nippon Paint pun terdiri dari berbagai jenis seperti Satin Glo, Matex, Matex Gold dan sebagainya. Adakalanya, kedai tersebut tak ada beberapa stok warna yang diinginkan. Tapi jangan risau, sebab ada beberapa warna tu dapat dibuat di kedai tersebut dengan mesin pembancuh warna yang disediakan.
Hanya pilih kod warna yang anda inginkan, beritahu pada staf di kedai, dan mereka akan key in kan maklumat tersebut pada komputer yang disambung terus ke mesin pembancuh. Dan warna yang anda inginkan akan dihasilkan pada ketika itu juga.
nippon bnyak pilihan tapi dasat gak harganya kan..:)
ReplyDeleteItulah.. janji kualiti okay :)
Delete