e

Wednesday, November 4, 2015

Doktor Kacak Sado Hospital Serdang

Assalamualaikum readers

Baru-baru ni kecoh di alam maya dengan isu yang melibatkan seorang doktor kacak di Hot FM. Apapun, semua orang pun tahu, bukan doktor itu yang memulakan masalah atau menimbulkan isu. 

Yang menimbulkan isu adalah, bila ada wanita yang menyatakan keinginan untuk mendapatkan khidmat doktor tersebut sewaktu bersalin nanti (sebab doktor tu bekerja di bahagian sakit puan.)

Ok. Sebab doktor tu bekerja di Hospital Serdang (Zam membesar di Serdang), & memang dah lama Zam follow dia FB terutamanya menerusi satu produk kesihatan, Zam nak tulis sedikit lah tentang isu tu. Apapun, Dr Shazril Shaharuddin lebih dikenali sebagai abang sado yang menggunakan produk tersebut sebagai supliment mendapatkan tubuh kekar, dan juga seorang jurulatih kesihatan sebelum orang ramai tahu dia adalah seorang doktor. 

Jadi, dengan pakej muka kacak tambah sado tambah kerja sebagai doktor, Dr Shazril Shaharuddin sepatutnya menjadi perhatian ramai.

Dan jika ada yang perasan, doktor ni muncul sebagai watak sampingan dalam iklan ubat gigi di televisyen.

Kembali pada isunya, memang tak manis lah kan, wanita yang dah bersuami keluarkan kata-kata yang meluahkan keinginan untuk mendapatkan khidmatnya semata-mata terpikat dengan penampilannya. 

Dalam masa yang sama, tentu ramai yang dah dengar tentang isu yang viral dan sensasi di alam maya bila doktor lelaki menyambut kelahiran bayi. 

Darurat atau tidak, Zam tak nak ulas. Mungkin readers boleh cari rujukan dari ustaz-ustaz. Mungkin boleh diperhalusi  lagi makna darurat.

Itu je.. Kbai.. Jangan salahkan doktor ni sudahlah.. 


1 comment:

  1. eh. mane?? manee??? mane doktor yg dikatakan ensem sgt tu? takde nampak punn dalam gambar tu. haha

    ReplyDelete