e

Tuesday, November 24, 2015

Job Jurukamera #1: Buat Flower Bouquet Untuk Pengantin

Assalamualaikum readers.

Masa baru berjinak-jinak dengan job jurukamera perkahwinan ni, ada la beberapa pengalaman baru yang Zam dapat. Macam ada sekali tu, Zam tak dapat cover sesi outdoor photo shoot rakan Zam di Kelantan kerana kekangan masa. Jadi bila kami balik semula ke Kuching (rakan Zam tu kerja di Kuching juga, cuma sama-sama asal Kelantan), Zam plan nak sambung sesi outdoor photoshoot tu di Kuching sahaja.

Tapi, terasa juga kurang sesuatu kalau nak buat outdoor photo shoot ni. Biasanya mesti ada Flower Bouquet untuk pengantin perempuan. Nak beli 1, harganya agak mahal. Tapi kalau nak lebih jimat, boleh cuba buat sendiri, walaupun tak pernah buat. Nak belajar buat, tak susah mana, boleh cari video di Youtube. 

Maka, ke kedai barangan pengantinlah Zam mencari bahan. Semua bahan yang Zam beli dalam gambar di bawah ni, tak sampai RM30. Dan hasilnya setelah mencuba, macam yang korang tengok dekat sebelah kanan (di kedai barangan pengantin yang sama, satu flower bouquet yang lebih kecil dari yang Zam buat ni, dijual dengan harga RM80.. Puas hati dapat buat sendiri).




PS: Pendapat Zam selepas selesai buat satu flower bouquet ni, tak semestinya kita ikut 100% apa yang diajar di Youtube. Jangan takut mengubahsuai idea di Youtube dengan idea sendiri berdasarkan bahan yang kita ada. Akhirnya, mesti dapat siap juga ;)

1 comment:

  1. ciktie pernah juga buat sekali flower bouquet ni tapi tah kemana letaknya sampai sekarang tak jumpa lagi

    ReplyDelete