e

Monday, December 14, 2015

Jep Ditemui Di Perkampungan Orang Asli



Alhamdulillah.. Firstly, syukur ke hadrat Ilahi sebab kucing selebriti kesukaan ramai ni telah berjaya ditemui sebentar tadi.

Yang kedua, rasa nak babap je montot si Jep ni.. Hahadoi.. Menurut tuan Jep yang lebih mesra dipanggil Ummi, sebelum ini mereka pernah mencari Jep di kawasan perkampungan orang asli yang berdekatan dengan rumah mereka, cuma tidak semua rumah mereka mencari Jep, tambahan pula terapat banyak anjing di kawasan tersebut.


Di bawah ni gambar yang dimuat naik semasa operasi mencari Jep sedang dijalankan petang tadi.


Dan sebelum tu juga, ini antara ikhtiar yang dilakukan mereka.. Edarkan poster tentang kehilangan Jep. Cara ni boleh dikatakan berkesan juga sebab membantu proses pencarian Jep sehingga berjumpa. Jadi jika ada sesiapa yang kehilangan kucing mereka selepas ini, bolehlah praktikkan cara ini.

2 comments: