e

Saturday, December 12, 2015

Keputusan Dan Ulasan Penuh Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 Kedah vs Selangor


Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2015 Kedah vs Selangor

Assalamualaikum readers.

Sehingga kini, kedudukan yang diperolehi adalah Selangor masih mendahului Kedah dengan 2 jaringan berbalas 0. 

-Edited-

Setelah tamat 90 minit masa permainan, Selangor berjaya mencapai sasaran kali ke 33 mereka menjuarai Piala Malaysia, dengan keputusan 2 berbalas 0 menentang Kedah. 2 gol yang dijaringkan adalah hasil sumbangan pemain yang sama iaitu Ahmad Hazwan Bakri.

Ulasan Penuh (sumber dari Stadium Astro)

Selangor bermula garang dan berjaya ambil kesempatan ke atas suasan Shah Alam yang mendebarkan apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-3 menerusi pergerakan dan hantaran baik daripada penyerang Guilherme de Paula ke arah Ahmad Hazwan Bakri yang menyudahkan peluang itu.

Gol itu dijangka menyebabkan perlawanan dikuasai Selangor namun sebaliknya, tonggak skuad Helang Merah iaitu Sandro da Silva mendapatkan bola dalam kawasan Selangor namun hantarannya gagal disempurnakan oleh Syazwan pada minit ke-7.

Dua minit kemudian, Sandro sekali lagi cuba merobek gawang Norazlan Razali menerusi rembatan kecang dari luar kotak penalti yang gagal menepati sasaran.

Beberapa minit kemudian, terjahan Hazwan Bakri ke atas Liridon Krasniqi mencetuskan keamukan kedua-dua pasukan yang memaksa pengadil melayangkan kad kuning kepada Hazwan, Leandro dos Santos dari Selangor sekali dengan Shafizan Hashim dan Syazwan Zainon dari Kedah.

Kehadiran Chidi Edeh kurang menjadi pada separuh pertama dan walaupun dia berjaya merampas bola daripada pertahanan Mohd Raimi pada minit ke 42, caranya didapati membahayakan dan terpaksa akur dengan layangan kad kuning.

Rizal ghazali melepaskan percubaan yang cukup kencang lewat pada masa tambahan separuh pertama namun Norazlan enggan melihat gawangnya dirobek dari luar kotak penalti.

Minit ke-47, kombinasi Guilherme dan Hazwan menjadi lagi menerusi pergerakan sama seperti gol pertama di mana hantaran penyerang Brazil itu berjaya disempurnakan oleh Hazwan untuk mencetak gol keduanya.

Pertukaran pertama pada minit ke-58 menyakiskan pemain tengah Syazwan Tajudin digantikan dengan Farhan Roslan agar dapat memberi nafas baru kepada posisi tengah pasukan Kedah untuk mencari jaringan balas.

Peluang terbaik Kedah muncul beberapa minit kemudian yang menyaksikan jentera serangan pamerkan aksi hebat di sayap kanan namun seperti perlawanan separuh akhir menentang Pahang, penjaga gol Norazlan Razali muncul wira pasukannya sekali lagi ketika menepis hantaran bahaya Syazwan Zainon.

Sekali lagi, peluang emas tidak dapat dimanfaatkan pemain gantian Farhan yang terpaksa melihat tandukannya melambung keluar berikutan hantaran tepat oleh Liridon Krasniqi.

Pada minit ke-67, buat pertama kali gandingan Chidi dan Sanro menciptakan peluang dan biarpun Sandro berjaya melepasi benteng pertahanan Selangor, beliau sekali lagi gagal menewaskan Norazlan.

Penjaring gol Hazwan Bakri digantikan dengan S.Veenod dan pemain gantian itu mendapat peluang emas untuk menggandakan pendahuluan The Red Giants pada minit ke-82.

Namun penjaga gol Kedah, Firdaus Muhamad didapati berada diluar kotak penalti ketika menepis percubaan Veenod dan scara automatik dilayangkan kad merah oleh pengadil dengan serta merta.

Insiden itu memaksa pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe mengeluarkan Syazwan Zainon dan beraksi dengan 10 pemain supaya dapat menurunkan penjaga gol simpanan Syazwan Abdullah.

Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dan menggelarkan Selangor sebagai juara Piala Malaysia 2015

1 comment:

  1. selangor dah bawa balik dah piala tu. hari ni warga dia tengah cuti sambut kemenangan

    ReplyDelete