e

Tuesday, December 1, 2015

Pezzo Pizza: Lebih Sedap Dari Pizza Hut!


Assalamualaikum readers..

Pertama sekali, buat peminat Pizza Hut, diharapkan anda tak terasa sebab ni bukan entri nak merendah-rendahkan taste buds anda. Haa.. Rileks k.. Sebenarnya Zam nak bagitahu, tentang kehadiran satu lagi jenama Pizza yang terkenal di Sarawak, iaitu Pezzo Pizza. Pezzo Pizza ni baru saja beroperasi di Sarawak tahun ni, dan mendapat sambutan hangat dari orang ramai.

Zam pun dah berpeluang mencubanya di Kuching. Dari 7-8 jenis, Zam dah rasa 6 jenis. Jadi, Zam boleh kata sedap sebab toppingnya memenuhi setiap ruang di atas roti, dan rotinya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, serta lembut.
Macam pizza-pizza lain, Pezzo Pizza ni sedap dimakan ketika panas-panas. Jadi Zam sarankan makan di premis Pezzo Pizza saja kalau berkesempatan.

Oh ya.. Nak cerita juga. Bila Zam perkenalkan Pezzo Pizza ni kepada seorang rakan, dia pun ajak suami dan anaknya menikmati pizza di sana. Satu perkara yang pasti sangat tentang rakan Zam ni, dia selalu ke Pizza Hut bersama keluarganya, lebih-lebih lagi bila anak lelakinya yang berusia 8tahun peminat tegar Pizza Hut. Selain itu, anak lelakinya cerewet, tak akan meminati pizza selain Pizza Hut.

Macam biasa, bagi peminat tegar Pizza Hut seperti suami dan anaknya, mereka memang ada fikiran tipikal yang tiada pizza sesedap Pizza Hut. Tapi bila dah cuba Pezzo Pizza ni, mereka boleh komen yang ia lebih sedap dari Pizza Hut. Jadi maksudnya, memang sedap lah kan?

Kalau ada yang mencuba Pezzo Pizza ni di Semenanjung, setakat ni Zam tahu cuma ada satu di IOI Putrajaya. Negeri lain, Zam tak pasti.

4 comments:

  1. sayangnya tak ada area KL ni..sob3..teringin

    ReplyDelete
  2. Serius lebih sedap? nak try laaaa ;)

    ReplyDelete
  3. ada dekat mid valley tingkat atas sekali.. memang sedap..1 keping besar jugak..memang puas hati..piza besar dan isi byk!

    ReplyDelete