e

Wednesday, December 9, 2015

Rugi Berniat Membeli Kerana Harga Murah

Assalamualaikum readers

Petang ni Zam nak kongsikan satu artikel menarik yang dipetik dari laman FB. Kalau nak tahu kenapa dikatakan Rugi Berniat Membeli Kerana Harga Murah, bolehlah membaca artikel ini sampai habis.


RUGILAH YANG BERNIAT MEMBELI KERANA HARGA MURAH


Seorang anak saudara memberitahu tentang rancangannya nsk mengajak beberapa orang jiran pergi ke pasar kemboja di Parit Buntar.Bila saya tanya dia kenapa begitu jauh nak mrmbeli barang.Katanya,"Murah harganya."Saya membalas percakapannya,"Hang akan dapat apa yang hang hajatkan,barang yang murah harganya,tapi mau ka tidak paklang bagitau supaya hang dapat yang lebih lagi dari itu."Segera dia bertanya,"Tentu mau,apa dia?"Perbetulkan niat hang nak pi beli di pasar kemboja kerana murah,kepada kerana mereka adalah orang Islam,mereka musafir,mereka tidak meminta tetapi berusaha niaga untuk menampung hidup mereka dan keluarga dinegara mereka.Mendahulukan saudara seagama adalah dituntut hinggalah dalam jual beli, muamalah."☺abdghaniharon☺

Telah selalu orang bercakap bahawa hidup itu ibadat, nak jadi ibadat kena ada niat sebagai rukun ibadat.Apa pun terletak pada niat.Banyak dari kita melepaskan kesempatan menjadikan aktiviti hidup sebagai ibadat kerana tersalah niat, atau tak berniat kerana Allah,lebih teruk berniat kerana dunia, kerana keperluan diri.Seperti contoh diatas,betulkan niat, tidak menambsh belanja pun,tidak guna tenaga pun,cuma ingat dihati shj.Jadi bila nak membeli,jadikan pembelian sebagai ibadat,niatnya yg berbalik kpd Allah, akad jual beli seperti yang diajar dalam muamalah,dahulukan saudara seagama dll.

Mungkin anda pernah terdengar kawan rakan yg bercerita atau mengajak makan disuatu tempat,perkataan apa yg selalu terbit?Tempat tu sedap masakannya!Jom makan disitu,sedap,di sini tak sedap.Jika sedaplah yg menjadi tujuan,kita akan dapat sedap,dapat penuhi nafsu makan.Tetapi alangkah baik jika dibetul sedikit niat dari kerana sedap kepada makanan yg lebih baik,utk lebih sihat,utk beribadat. Janganlah sedap dihighlightkan, diletak sbg sebab dan tujuan sebab sedap itu nafsu,sedangkan rezeki makan bukan Allah beri untuk sedap tetapi untuk sihat.Sedap itu hiasan pada makanan shj,hanya berguna semasa dlm mulut dan kerongkong,selepas itu sedap dah tak guna,yg berguna khasiat makanan.Jadi mengapa sedap menjd tujuan.Jika tidak mengapa nabi pesan berhenti sebelum kenyang,suruh jangan penuhkan perut dg makanan dll.

Bila pergi kerja,betulkan niat untuk mencari rezeki utk anak isteri dan diri,bukan sebab nak dapat gaji,bila pergi kenduri jangan niat kerana nak makan,nak jaga hati,tetapi niatlah kerana memenuhi jemputan,menjalin ukhwah dan silaturrahim.Bila beriadah,on diet,jangan niat nak kurus,nak hilang perut buncit,niatlah untuk sihat,utk beribadat.Bila bersantai ke tempat peranginan utk berehat tambahkan niat kpd melihat kebesaran tuhan dan ciptaanNya.

Rugilah mereka yg membatas niat pada tindakannya untuk dirinya dan hidupnya shj,sedangkan Allah membuka ruang seluasnya untuk menjadikan setiap gerak manusia sebagai ibadat dg hanya mengubah niat kepada kerana Allah,kerana taatkan perintahnya.Dengan itu juga,diri kita tidak terdorong berbuat yg berdosa.Perhatikan,bila kita niat berpuasa,secara otomatik tubuh menolak makanan minuman,hilang keinginan dan diri sentiasa terdorong utk memelihara puasa.Itulah pentingnya niat,moga bila setiap gerak diniat kerana Allah,kita sentiasa dlm peliharaanNya.abdghaniharon

4 comments: