e

Saturday, January 16, 2016

Bila Guru Diminta Tunggu Tepi Singki

Assalamualaikum readers.. 



Makin lama, makin menjadi-jadi tabiat pengguna Facebook memuat naik gambar-gambar yang bertujuan menghentam mana-mana pihak. Mungkin mahukan perhatian, mungkin ingin dilihat sebagai seorang yang mengambil berat, mungkin kerana seronok mengata tentang kelemahan orang lain, walaupun salah yang ingin disebarkan hanya kecil.

Kalau benar-benar ikhlas ingin membantu dan berniat baik dari berperangai busuk hati, kenapa tidak tunggu sahaja di situ menolong murid-murid yang bertubuh rendah membuka paip air, dan seterusnya berjumpa dengan mana-mana guru mengemukakan pendapat tersebut.

Jika dua perkara tersebut telah dilakukan, maka tidak akan timbul penyebaran gambar tersebut. Ini tak lain hanyalah tindakan mereka yang terlalu mengikut emosi dan tidak matang.

Hal ini kecil sebenarnya. Jika benar ia satu kelemahan pihak pengurusan sekolah, ia bukanlah suatu perkara yang besar dan perlu dihebah-hebahkan. Perkara ini boleh ditambah baik dan diselesaikan dengan mudah.

Sudahnya, posting seperti ini hanya mengaibkan diri sendiri. Screenshoot di bawah menunjukkan bilamana nama pengguna pemilik akaun FB tersebut menjadi carian yang hangat beberapa hari lepas. 


Kepada pihak pengurusan sekolah tersebut, mungkin boleh disediakan satu paip beserta sinki yang lebih rendah untuk kegunaan murid-murid yang memerlukannya selepas ini. 

3 comments:

  1. biasalah manusia...
    bila kena kat hidung sendiri barulah senyap!

    ReplyDelete
  2. alaaaaaa....sinki tu tahan
    suh je anak dia panjat ..
    hihihi

    ReplyDelete