e

Saturday, January 2, 2016

Haram Di Perak

Assalamualaikum readers

Kalau cakap pasal negeri Perak, ada juga la yang bersangkut paut dengan Zam. Dulu, Zam pernah belajar kat Perak. Arwah abang ipar pun asal Perak. Dan Perak ni antara tempat pelancongan yang best yang Zam pernah pergi.

Tapi bab yang satu ni, Zam pun ingat-ingat lupa sebenarnya. Tak lekat sangat loghat Perak dalam ingatan Zam. Apapun, jom baca~

HARAM DI PERAK

Orang Perak bab haram ni dah biasa sangat-sangat.



Kalau setakat haramkan vape memang tak terkejut pun. Kalau korang duduk Perak mau terkejut dengar banyak lagi benda kena HARAM.

"Yob, udah cuci ke longkang depan tu? Harammmmm!!!"

"Yob, udah masak ke? Harammmmmmm!!!"

"Kojer semalam awok suh buat udoh siap ke chor? Harammmmmm!"

Apa lagi yang haram?

Nak masak.
"Udah ke masak nasi yong???... Lapo dah ni ha..."
"Harammmmmm....."

Nak bejalan.
"Nak kemana tu???..."
"Kolumpor..."
"Harammmm ngajak"

Nak shoping.
"Yop, belikan ai gelang meh ni... Murah je"
"Haram mandang duitnye..."

Haaa... Hari-hari yang kami lalui memang penuh dengan keharaman. Hampir semua benda kena haram.
Ate?... Tak pecaya?

No comments:

Post a Comment