e

Thursday, January 28, 2016

Sedapkah KFC Wrap Wasabi Yang Baru?


Assalamualaikum readers

Dah lama sebenarnya Zam nak mencuba KFC Wrap yang baru ni, cuma banyak kali Zam tangguhkan sebab nak jaga makan. Cuma hari ni, Zam betul-betul nak mencubanya sebab Zam lapar sangat dan kebetulan Zam berdekatan dengan restoran KFC.

Bagi peminat makanan Jepun, tentu rasa wasabi yang agak pedas dan kuat itu sudah sebati dengan anda. Sebab tu, Zam nak cuba sangat KFC Wrap yang terbaru ni. Nak tahu sejauh mana rasa wasabi itu diletakkan ke dalamnya.

Dari gigitan pertama, Zam dapat rasa perisa Jepun menerusi nasi yang digaulkan dengan kepingan nori (rumpai laut kering) yang dihancurkan. Itu Zam suka. Ayam KFC, tak perlu dikatakan lagi sebab memang sedap, tapi dimanakah rasa wasabinya?

Bukan tidak ada langsung rasa wasabi. Ada. Tapi tak cukup 'kick'. Bagi peminat makanan Jepun, Zam nak kan rasa wasabi yang agak kuat. Mungkin KFC tidak mahu menanggung risiko kerana mungkin ramai pelanggan yang tidak biasa lagi dengan perisa wasabi itu.

Jadi apa yang Zam lakukan, Zam letak sendiri wasabi yang Zam beli sebelum ini ke atas KFC Wrap tu. Siap picit jus lemon lagi ke dalam KFC Wrap tu sebab nak bagi lagi sedap.

Cadangan Zam, mungkin lepas ni KFC boleh letakkan amaun wasabi ke dalam wrap mengikut selera pelanggan. Samada mereka mahukan perisa yang tidak terlampau kuat, atau perisa yang lebih kuat :)

Secara keseluruhannya, KFC Wrap Wasabi ni sedap. Cuma kalau ikut selera Zam, Zam nak kan rasa wasabi yang lebih 'umph'. Ok KFC? Hehe.


3 comments:

  1. teringin nak rasaaaaa T___________________T

    ReplyDelete
  2. Tak sedap...wasabi duk kat bawah2 je..secoet je kfc letak dalam tu..=/

    ReplyDelete