Pages

Friday, February 26, 2016

Facebook Perkenalkan Butang Reaksi (Reaction Button) Untuk Pertama Kali



Assalamualaikum readers.

Buat pertama kalinya, Facebook telah memperkenalkan Butang Reaksi pada setiap status, gambar dan apa sahaja yang anda dan rakan-rakan anda kongsikan di Facebook. Lima emoticon baru iaitu Love, Angry, Sad, Haha dan Wow boleh digunakan dengan membiarkan klik pada Like untuk seketika (tanpa menekannya), dan kelima-lima emoticon baru tersebut akan muncul (bagi pengguna PC).

Sementara bagi pengguna telefon pintar atau tablet, anda boleh melihat kelima-lima reaksi tersebut dengan menekan Like untuk seketika sehingga ia dipaparkan.

Pastinya lebih mudah untuk anda menyatakan pendapat atau perasaan anda selepas ini. Zam baru menyedarinya sebentar tadi apabila seorang rakan Facebook memberikan reaksi emoticon Love pada cover photo yang baru dikemaskini Zam (gambar diatas).




Entri sebelum ini: Bento Dato Vida

2 comments: