Pages

Friday, February 26, 2016

Jubah Sado Jadi Viral



Assalamualaikum readers.

Hari ni di newsfeed FB Zam, ramai rakan yang viralkan gambar jubah sado ni. Jubah sado ni mendapat nama sedemikian apabila ia diperagakan oleh model-model yang berbadan tegap dan berotot atau lebih dikenali dengan gelaran sado (besar doh).

Walaubagaimanapun, nama jubah ini sebenarnya adalah Jubah Pahlawan hasil sentuhan Farbel Exclusive. Mungkin untuk menepati namanya- Jubah Pahlawan, mereka menggunakan model-model abang sado ini.

Walaubagaimanapun, lelaki yang tidak bertubuh sado juga sesuai mengenakan jubah ini, berdasarkan pemerhatian Zam dari gambar-gambar yang dimuatkan di akaun Facebook milik pengasas jubah ini. Kiranya, model abang sado tu sebenarnya sebagai pelaris untuk produk ini!


Isu Yang Timbul.
Dalam masa yang sama, jubah ini tidak ketinggalan dari menerima kritikan dari netizen.

Antaranya, jubah yang dipakai menampakkan bentuk badan seorang lelaki sado yang boleh dianggap sebagai 'seksi'. Bila imej lelaki sado diterapkan dalam pakaian sunnah seperti jubah, mungkin ada di kalangan netizen yang berasa canggung dengan fesyen tersebut.

Walaupun jubah bukan pakaian yang melambangkan tahap keimanan dan kealiman seseorang, tapi mungkin kerana imej jubah sebagai pakaian sunnah yang digunakan oleh Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam yang telah dibawa sejak sekian lama, jadi jubah sado ini menimbulkan reaksi yang pelbagai dari netizen.


Ps: sebelum mengutuk dengan keras, ada baiknya menilai dengan berhemah..


1 comment:

  1. amboi.. agak ar.. hahaha.. macam ni pun ada skrg ye.. --'

    singgah + follow sini.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.my/

    ReplyDelete