e

Saturday, February 13, 2016

Filem Deadpool Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak


Assalamualaikum readers.

Baru-baru ini semasa ingin menonton filem Star Wars di panggung TGV, Zam sempat menonton sedikit preview filem Deadpool yang pada masa itu belum lagi ditayangkan. Sekali imbas, apa yang dipertontonkan adalah gambaran aksi adiwira Deadpool yang sangat ganas dan kejam dalam membanteras kejahatan.

Walaupun Deadpool seorang adiwira, namun pencak lawannya tidak seperti Spiderman atau ahli Avangers yang lain. Jika dilihat pada senjata yang digunakan oleh Deadpool seperti pedang dan pistol, agaknya anda boleh bayangkan aksi bagaimana yang Zam maksudkan sebagai terlampau ganas dan ekstrim.

Itu baru preview, belum lagi full film. Jadi berfikirlah dua kali sebelum berhajat membawa anak-anak kecil menontonnya bersama anda, ya :)

3 comments:

  1. bila tayangannya? xtengok lagi...
    tapi macam tak berminat sangat nak tengok filem tu

    ReplyDelete
  2. It's rated 18sx. Kids not allowed to watch. What is the point of your blog?

    ReplyDelete
  3. yuppp memang pun...tgk trailer pun dh taw... hopefully lepas ni yg bwk anak tu tgk yg tontonan umum je..

    ReplyDelete