e

Friday, February 5, 2016

Nasi Ayam Bakar Ket's Kitchen


Assalamualaikum readers.

Kisah petang tadi. Sebetulnya lepas masuk waktu berbuka tadi, Zam cadang cuma nak masak sayur kacang bendi dengan daging ayam sebagai juadah. Memang tak sempat masak sebelum waktu berbuka, sebab tertidur dek keletihan. Bila sayur dah siap di masak, Zam ratah begitu saja tanpa nasi. Kenapa tak masak nasi? Sebabnya.. Zam malas nak masak nasi dan tak rasa nak makan nasi untuk malam ni. Padahal sebelum ni, makan je nasi walaupun sedikit.

Tiba-tiba, dapat masej yang member nak datang lepak- dan datang lepak bukan dengan tangan kosong, tapi dengan Nasi Ayam Bakar. Rezeki.. Dan ini kali pertama Zam mencuba Nasi Ayam Bakar yang dibeli oleh member Zam tu di Ket's Kitchen, Matang.

Antara sebab member Zam tu beli menu tersebut dari Ket's Kitchen adalah, nasinya yang sedap, dan ayam bakar yang enak dimakan panas-panas. Sambal yang diberikan bersama pun pedas-pedas manis, jenis yang Zam suka. Sedikit sayur juga diletakkan bersama untuk memberikan tekstur rangup kepada hidangan ini.





1 comment:

  1. Menyelerakan.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete