e

Wednesday, March 30, 2016

Sedap Betul Nasi Ayam Ni!


Assalamualaikum readers.

Bertemu lagi dalam slot entri tengah hari. Biasanya masa macam ni, Zam akan update pasal makanan, sebab sesuai dengan masa lunch our.

Kali ni, tentang Nasi Ayam. Ada satu hari ni, minggu lepas, Zam dijemput ke rumah seorang rakan untuk makan-makan. Kebetulan Zam baru lepas memancing dengan rakan-rakan yang lain di Telaga Air, jadi selesai urusan di Telaga Air, kami terus ke rumahnya. 

Kebetulan Zam puasa hari tu, jadi kena sangatlah Zam ke sana lepas maghrib. Rezeki orang berpuasa hari tu..Hehe..

Sedapnya Nasi Ayam yang dibuat oleh rakan Zam ni, adalah pada nasinya. Kalau Zam makan nasi saja pun dah sedap, tak perlu ayam pun tak apa.. Tapi kalau makan dengan ayamnya sekali, lagi lah sedap! Nyum nyum..


Zam sendiri, tak belajar lagi buat Nasi Ayam ni. Rasanya, tak susah mana kot nak belajar membuatnya.

Ada sesiapa di sini yang pandai buat Nasi Ayam? Share lah dengan Zam ;D

5 comments:

  1. Sally selalu fail kat bahagian nasi tuu..hihihi...xde lagi tips yg boleh kasi sedap...tapi ayam tu mmg best la kalau buat :P

    ReplyDelete
  2. Kalau yg tak berpuasa pun tengok sedap apa lagi yg tengah lapar sebab puasa. Berkat org puasa memang lagi sedaplah makan:)

    ReplyDelete
  3. klau husna makan nasi ayam mesti nak kena ada cabai hitam.. baru makan pon bertambah.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. nasi ayam mcm2 versi org buat..hehe..

    ReplyDelete
  5. This looks delicious here...

    You can also drop by here at my blog sites, thank you:

    http://incredibleinterest.blogspot.com/
    http://takealookandshoppe.blogspot.com/
    http://availablerealestateproperties.blogspot.com/
    http://camellahousesincdo.blogspot.com/

    ReplyDelete