Hah! Siapa ni? Drag queen ke? Kenapa dia berpakaian macam pramugari AirAsia? Haa pada anda yang dah membaca entri Zam sebelum ini, Zam nak perkenalkan anda kepada Sir Richard Branson, rakan Tony Fernandes a.k.a CEO Air Asia. Nak dijadikan cerita, mereka ni pernah bertaruh dalam satu perlumbaan Formula One di Abu Dhabi tentang pasukan mana yang akan mendahului di dalam perlumbaan tersebut. Perjanjiannya, siapa yang kalah dalam pertaruhan tersebut harus memakai pakaian pramugari syarikat penerbangan pihak lawan. Dan seperti yang anda lihat, Sir Richard ni dah kalah kepada Tony Fernandes.
