e

Showing posts with label Juara Masterchef Selebriti 2. Show all posts
Showing posts with label Juara Masterchef Selebriti 2. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 Milik Syura!



Akhirnya Syura mengungguli cabaran santapan terakhir di dalam pesawat Malaysia Airlines A380 apabila dinobatkan sebagai Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2 dengan markah terkumpul 115. Selain menyumbangkan sebanyak RM60,500 kepada badan amal yang diwakilinya, Syura juga mendapat hadiah 2 tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Paris dengan pesawat A380. Tahniah diucapkan kepada Syura kerana berjaya menjadi juara walaupun beliau bukanlah seorang peserta pilhan pada mulanya. Ternyata ilmu yang diperolehi sepanjang berada di dalam rancangan ini membantu beliau meningkatkan kemahiran sedikit demi sedikit sehinggalah mampu menewaskan 2 peserta pilihan sebelum ini iaitu Che Ta & Syura.

Tahniah buat Syura sekeluarga!

Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2



Assalamualaikum & Selamat Malam. Sehingga kini, Zam masih menonton perjalanan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua di Astro 104. Insya Allah, Zam akan update keputusan di sini sebaik saja ia diumumkan :)

Kredit untuk kesemua gambar cun sempena MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua   yang dikongsikan di blog ini kepada ASTRO/MASTERCHEF MALAYSIA.

UPDATED!: Untuk keputusan RASMI terkini, hit pada PAUTAN INI.

Terkejut Bila Ramai Yang Menyerbu Tiba-Tiba!


Terkejut Bila Ramai Yang Menyerbu Tiba-Tiba! Sekali baca, macam situasi artis yang didatangi & diserbu oleh ramai peminat secara tiba-tiba. Tetapi Zam bukanlah artis, malah jauh untuk mengalami peristiwa seperti itu. Apa yang Zam maksudkan dengan tajuk entri  ini ialah apa yang berlaku semalam di blog Zam pada pukul 10 malam sebaik saja rancangan MasterChef Selebriti Malaysia Episod 39 tamat. Tiba-tiba, ramai yang online serentak di blog Zamani Abe sewaktu Zam baru saja hendak mula menulis entri tentang penyingkiran Che Ta. Entah dari mana datangnya para pembaca pada waktu tu.



Thursday, June 6, 2013

Celina Khor Juara Masterchef Selebriti 2?



Assalamualaikum & Selamat Tengahari. Celina Khor Juara Masterchef Selebriti 2? Sebenarnya Zam sendiri tertanya-tanya tentang kebenaran kisah ini apabila ada peminat rancangan MasterChef Selebriti 2 yang memberikan komen di page FB MasterChef tentang kisah kemenangan Celina Khor. Namun, ada juga yang menjelaskan, rancangan ini masih dalam peringkat rakaman & juara masih belum diketahui.