Assalamualaikum & Selamat Malam buat para peminat Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2. Akhirnya, teka teki siapa yang tersingkir malam ini di peringkat separuh akhir terjawab sudah. Tentu ramai yang tidak menyangka, kemenangan untuk cabaran malam bagi melayakkan 2 peserta ke final esok dimiliki oleh Syura, dengan marah tertinggi 46, meninggalkan Che Ta di tangga terakhir dengan 35 markah. Celina pula memperolehi 39 markah, sekaligus melayakkan dirinya bersama Syura ke final.
Showing posts with label MasterChef Selebriti Malaysia 2 Episod 39. Show all posts
Showing posts with label MasterChef Selebriti Malaysia 2 Episod 39. Show all posts
Monday, June 24, 2013
Cik Ta Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2?
Assalamualaikum & selamat pagi. Cik Ta Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2? Jika sebelum ini Zam pernah menulis entri tentang perkhabaran Celina Juara Masterchef Selebriti Musim Ke 2 berdasarkan penilaian penonton sendiri sebelum ini, tajuk entri kali ini pula adalah satu ramalan yang mungkin sedang bermain di fikiran kebanyakan penonton rancangan Masterchef Selebriti Musim Kedua. Mungkin kerana kebolehannya dalam memasak dapat dilihat & dinilai sendiri oleh penonton, & masakannya jarang mendapat kritikan yang tidak baik dari juri. Berdasarkan rekodnya juga setakat ini, Cik Ta mendapat kedudukan teratas diantara Top 3.
Apapun, sama-sama kita nantikan keputusannya esok 25 Jun, & kemungkinan besar malam ini bakal menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir.
Subscribe to:
Posts (Atom)

