e

Showing posts with label Putra Jaya. Show all posts
Showing posts with label Putra Jaya. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Nasi Dagang Beratur Panjang Di Putra Jaya

Assalamualaikum readers..
Bila tiba waktu cuti sekolah, Zam akan pulang ke semenanjung. Macam biasa, ini lah peluang untuk Zam mencari makanan kegemaran Zam sepanjang bercuti di Serdang. Nak kan kelainan, untuk sarapan kali ni, adik Zam bawa Zam ke Putra Jaya mencari Nasi Dagang di Medan Selera Presint 9. Di sana, ada satu gerai Nasi Dagang Terengganu yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai. Sampai di sana, orang memang dah beratur panjang. Masuk je Zam dalam barisan, orang ramai menambah lagi barisan Zam di belakang.


Thursday, August 15, 2013

Selamat Pagi Putra Jaya



Lapar.. Jadi pagi ni membaham dulu biskut raya kat atas. Sedap lah pulak, macam biskut susu yang disalut coklat & badam. Zam sebenarnya kat rumah member di Putra Jaya pagi ni. Malam sebelumnya, Zam sampai ke LCCT dari Kota Bharu, dan dari LCCT Zam ke Putrajaya dengan ERL. Di Putra Jaya Sentral, Zam dijemput oleh seorang rakan di ERL Putrajaya.  Kesian dia. Dalam sakit kepala pun, sempat dia datang jemput Zam. Waktu tu dah 1.30 pagi. Jadi pagi ni, Zam lepak dulu di Putra Jaya sebelum bertolak balik Serdang. Habiskan sisa cuti yang berbaki 4 hari ini sebelum pulang ke Kuching Ahad ini ;)

Friday, April 26, 2013

Bukan Artis, Tapi Ramai Yang Ingin Merakam Gambarnya


Pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia



Terkejut sewaktu membaca berita ini dari wall FB blogger Ben Ashaari pagi tadi, kerana kejadian jenayah seperti ini jarang berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan seperti Putra Jaya. Motif jenayah yang berlaku pada waktu pagi tadi belum dikenalpasti, namun kita berharap & berdoa semoga keadilan dapat ditegakkan buat Allahyarham sekeluarga. Al Fatihah..