e

Showing posts with label SEGMEN. Show all posts
Showing posts with label SEGMEN. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN



Assalamualaikum & selamat malam. Akhirnya, setelah menunggu sekian lama, Blogger Ben Ashaari muncul lagi dengan SEGMEN TERBARUnya, BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN. Untuk segmen ini, blogger diminta untuk mengulas tajuk yang disediakan berdasarkan pengalaman sendiri dalam 100 patah perkataan. 

Bagi Zam, Blog memang antara medium yang berjaya/sesuai digunakan untuk menjana pendapatan sampingan, secara pasif atau aktif bergantung pada inisiatif pemiliknya. Jika blogger bijak menggunakan peluang sedia ada, ditambah dengan sokongan dan kunjungan pembaca ke blog berserta ilmu tentang afiliate yang ada, ia pasti membuahkan hasil yang memuaskan. Penjenamaan blog juga penting, untuk memberikan reputasi tersendiri dan unik kepada blog dalam menarik pihak penaja/pengiklan untuk menggunakan khidmat blogger sebagai agen pengiklanan. Ini adalah berdasarkan pemerhatian Zam pada kisah pengalaman yang dapat dinilai pada bloger-bloger berjaya sedia ada yang sering berkongsikan tips kepada blogger lain untuk berjaya dalam program-program afiliate ini.

Okeh, done already! Harap bro Ben puas hati dengan jawapan yang tak sberapa ni.. Hehe 

Friday, September 6, 2013

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com




Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.
  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Tuesday, April 23, 2013

SPECIAL GIVEAWAY FROM SABAH



Kesibukan di sekolah dengan pogram UPSR, plus masalah kelajuan broadband apabila online dirumah membuatkan Zam tak sempat nak perbanyakkan entri macam selalu hari ini. Maaflah ya.. Terutama pada rakan-rakan terbaik yang selalu berkunjung ke blog Zam ini setiap kali ada entri baru, samada yang meninggalkan jejak atau tidak. Jadi malam ini, sebagai membalas jasa anda, Zam nak ajak anda semua untuk join satu Giveaway dari seorang blogger yang berasal dari Sabah, WALK STATIC (nama sebenarnya nda aku tahu, puas sudah aku cari tapi tak jumpa bah)

Friday, July 20, 2012

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H


Lama dah Mr Ben tak buat segmen, jadi dalam kesempatan yang ada (sehingga pukul 11.59mlm ni), Zam joinkan diri dalam bloglist Mr Ben yang unik ni. Uniknya sebab dinamakan bloglist Ramadhan (harap ada keberkatan disitu)..& nampaknya, Ben pun dah tukar header baru.. Cun2.. Pada sesiapa yang berminat, boleh join. Langkah pertama, klik je banner di ats k. Korang akan dibawa terus ke sana~ Selamat Bersegmen ;)

Saturday, June 30, 2012

Selamat Tinggal Hutan Fantasiku

SELAMAT TINGGAL HUTAN FANTASIKU- ENTRI UNTUK TUGASAN IMUNITI SEGMEN NEXT TOP BLOGGER MUSIM KE DUA..

IKLAN KEJAP!!



NEXT TOP BLOGGER 2 dah masuk episod ke 12! Tinggal 5 saja blogger yang bakal meneruskan misi hingga ke episod terakhir nanti! MACAM MANA TU?? 1 GEGIRL (yang ayu) VS 4 BOBOI macho!! Memang sengit lah! Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai NEXT TOP BLOGGER?? TUNGGUUUU..!!

Apapun, jom layan Tugasan Imuniti dari Zam kali ini..

[SELAMAT TINGGAL HUTAN FANTASI KU]


Tinggal 5 episod je lagi sebelum NTB2 ni berakhir. Selepas hampir 2 bulan bersaing, kini tinggal 5 blogger yang bakal meneruskan misi! Untung nasib memang tak diketahui, sebab blogger yang tidak dapat meneruskan perjuangan sebelum ini pun merupakan blogger blogger yang hebat dan lebih senior dari kami. Alhamdulillah dapat mara sehingga ke tahap ini.. sebab aku merasakan lebih ramai yang layak berada di tempat aku sekarang!


Bermula sejak 3 Mei, tema "Hutan" FANTASY FOREST yang diperkenalkan sebenarnya bertujuan untuk memberikan suasana persaingan & survival kepada semua peserta NTB2- seolah olah kita berada di dalam situasi pergelutan survival sebenar! Tugasan Imuniti yang diberikan menampakkan lagi kesungguhan peserta dalam meraih tempat untuk terus kekal di dalam NTB2~ kerana masing masing akan berusaha menghasilkan entri yang menarik & tak kurang juga berlumba-lumba untuk menjadi yang terawal menyiapkan tugasan. Sebab tu, aku tak kan lupakan Tugasan Imuniti Episod ke 10! TERUJA kerana aku peserta terawal yang mengetahui kewujudan tugasan dari Awie Omar ketika itu- berbanding sebelum ini dimana aku sering terlepas pandang tugasan & peluang mendapatkan imuniti. Kesempatan yang ada tu aku gunakan sebaik mungkin untuk merebut imuniti, tapi nasib tak menyebelahi aku kerana dari 20 soalan yang diberikan, hanya 18 jawapan yang mengena. Dush! Punyalah gigeh menyelak semua entri berkaitan NTB2 untuk jawab semua soalan tu, sampai terasa macam open book test lak! tapi tak berjaya gak.. Hehe.. What can I say? Untung nasib juga memainkan peranan dalam segmen ini.. Terima sajalah, kan ;)

Sepanjang perjalanan di setiap episod, pastinya ada perkara unik yang ditemui. Antaranya: Tugasan Imuniti yang macam nak pecah kepala menjawabnya, KELEBIHAN & KEKUATAN Tugasan Imuniti itu sendiri pada peserta yang tak tinggal membuatnya, kedudukan carta episod yang adakalanya aku rasakan banyak dipengaruhi oleh nasib peserta, perkenalan dengan blogger lain & ilmu baru yang ditemui untuk berblogging, selain SISTEM UNDIAN YANG MENCUAKKAN AKU!

Bila ditanya siapakah yang mungkin menjuarai NTB2 ini, aku berikan 2 nama ini..


INCIK HASMI atau ALLYA SYAHIRAH.. Kenapa 2 peserta yang aku sebutkan? Sebab meraka sering berada di kedudukan tangga teratas carta, adakalanya bergilir gilir untuk hampir setiap episod, nak nak lagi semakin menghampiri episod akhir ni. Jadi tak dapat aku ramalkan secara individu kerana kebarangkaliannya untuk kedua dua blogger ini menang adalah sangat tinggi! hehe

Sepanjang segmen ni, banyak perkara yang aku jumpa & dapat kutip dari 'Hutan' ni. Selain belajar mengenai gaya penulisan blogger lain, aku dapat simpulkan beberapa jenis penulisan yang mungkin dapat menarik pembaca. Jadi dapatlah aku kawal diri dari terbabas menulis entri syok sendiri di masa akan datang.. hehe.. (Tak ada ruginya masuk & membaca entri dari blogger lain untuk tujuan memantapkan diri.. Setuju?) Inilah 'ilmu' berharga yang aku perolehi & bawa pulang sebagai kenangan menyertai NTB2.

Jika ada rezeki & berpeluang ke peringkat akhir, alhamdulillah sangat sangat.. Lebih lebih lagi kalau dengan blogger ALLYA SHAHIRAH.. Kenapa? Jangan salah faham ye.. Aku ditanya begitu oleh Mr. Awie Omar, jadi aku sebutkan seorang. Tentu sengit, kalau medan final nanti menjadi pertarungan epik antara BOBOI & GEGIRL! Dush2! Hehe



Sekadar gambar hiasan. AKu tak bermaksud nak ajak Allya Syahirah bertumbuk ye.. ;p

Menjawab soalan Awie Omar yang seterusnya~ apa yang aku sangat sangat nak buat bila berada di hutan? (pergh.. banyak gak persoalan dia nih.. heh2). Kalau aku? Kalau boleh, dalam hutan yang terpencil pun aku nak masakkan yang sedap sedap untuk peserta lain! Sebab itu pengalaman aku masa masuk hutan kat Langkawi dulu~ masakkan UDANG LIPAN untuk kawan kawan aku~ ADE PESERTA NTB2 YANG NAK MERASA MASAKKAN ZAM TAK NI??

Ada seorang peserta- biarpun tersingkir sebelum ni, tapi aku rasa dia layak untuk ke final.. ARJUNAKIRANA. Dia antara blogger yang berbakat & bertuah untuk sepanjang musim kedua Next Top Blogger ini. Pernah juga mengungguli carta teratas di beberapa episod~ berbanding diri aku yang biasa biasa (mood sedar diri.. Huhu) Tapi mungkin kerana tiada rezeki, dia tersingkir dalam episod sebelum ini. Itu dah jadi adat pertandingan..

TAPI bagaimana pula sekiranya AKU yang TERSINGKIR?? Hmm.. Apapun, haruslah terimanya dengan positif.. Sebab macam yang aku sebutkan tadi, selain adat pertandingan, untung nasib sangat sangat memainkan peranan. Itu aku akui dari pengalaman aku sendiri sepanjang menyertai NTB2. Beberapa kali aku berada di kedudukan terbawah, tetapi rezeki adakalanya masih menyebelahi aku apabila ada peserta lain yang tidak bernasib baik terlepas pandang tugasan imuniti & menyebabkan mereka tersingkir. Mungkin faktor kesibukan peserta menjadi punca. Sebab tu aku namakan ARJUNAKIRANA antara blogger yang layak meneruskan misi ini hingga ke final. Tak mustahil, kalau aku yang tersingkir sebelum atau selepas ini disebabkan tiada rezeki. Apapun, aku bersyukur sangat berada di tahap ni. Sekiranya penjelajahan "Hutan" ini tamat nanti (tidak kira samada cepat, atau ditakdirkan aku masih dapat berada lebih lama lagi dalam NTB2 ini) aku pasti berPUAS HATI.. Bukan mudah, walaupun untuk ke tangga 5 teratas kerana persaingan adalah sengit & perjalanan yang dilalui selama ini dirasakan berbaloi bila dibandingkan dengan tahap pencapaian sekarang. Pasti, PAK CIK LIE, ROZUAN ISMAIL, ALLYA SYAHIRAH dan INCIK ISMI rasakan begitu juga!!

Saturday, June 23, 2012

Segmen : Ayu Cari Rakan Blogger



Kali ini SEGMEN dari BLOGGER AYUINSYIRAH pula (sedap nama dia).. AYU ingin menambahkan kenalan & menjadi rakan korang, jadi pada sesiapa yang ingin meramaikan rakan2 di sunia blog ni, korang boleh join segmen dari AYU ini, selain dari segmen2 lain yang Zam tuliskan dalam entri2 di bawah. Selamat bersegmen k! Pada yang berminat, HIT pada banner di atas untuk info lanjut!

Segmen Tambah Follower Blog!


Segmen ke 3 untuk hari ini! Perghh.. Sedang gigih tak ingat! Apa yang penting, support rakan2 blogger kita! Pada yang ingin menambahkan follower, segmen dari CIK PURPLE ini dapat membantu anda~ Insya Allah! Zam dulu pun bermula dengan segmen macam ni lah.. Okey! Pada yang berminat, jangan lupa dapatkan info dengan HIT pada banner diatas!

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan (PART II)



Segmen kedua untuk hari ini! Alor.. Cute nye aiskrim! Comel header blog CIK MISS Z ni.. Pada yang nak tahu segmen ni tentang apa, boleh hit banner di atas k!

ZAM BLOGGER DARI SARAWAK(sebab qurrently kerja di Kuching biarpun berasal dari KELANTAN), dan bilangan follower 2603 ;))