Assalamualaikum & selamat malam. Minggu depan (bermula esok) merupakan minggu kedua terakhir drama Ariana Rose dimainkan di slot Akasia, sebelum minggu terakhirnya pada minggu hadapan. Bersiaran sebanyak 28 episod, dan minggu ini pasti menyaksikan lebih banyak adegan yang menimbulkan pelbagai persoalan. Kepada para peminat, Zam kongsikan sepintas lalu sinopsis Ariana Rose Minggu ke 6 Episod 21, 22, 23 dan 24.
Ariana Rose Episode 21 (KLIK)
Tengku Adam beritahu keluarganya yang dia akan sampai ke Malaysia dalam masa 20 hari lagi kerana dia mahu sucikan dirinya sebelum masuk ke alam rumahtangga. Pada masa itulah Puan Sri Lisdania risaukan kalau-kalau Adam benar benar tidak mahu kahwin.
