e

Showing posts with label boboiboy kuasa 5. Show all posts
Showing posts with label boboiboy kuasa 5. Show all posts

Tuesday, March 15, 2016

Boboiboy Kuasa 7 Antara Tarikan Untuk Menonton Boboiboy The Movie

Boboiboy The Movie Tampilkan Boboiboy Kuasa 7


Assalamualaikum readers.

Semalam, Zam berkesempatan menonton filem Boboiboy di GSC IOI Mall Putrajaya untuk tayangan pukul 8.40 malam. Filem berdurasi selama 1 jam 30 minit tersebut sememangnya dipenuhi aksi bermula dari awal-awal plot lagi.

Semasa hendak memasuki panggung, Zam terdengar ada di kalangan kanak-kanak yang menyebut perkataan "Boboiboy Kuasa Tujuh". Zam terfikir, mungkinkah itu yang akan ditunjukkan dalam filem ini nanti. Setelah menontonnya, barulah Zam tahu Boboiboy dapat berpisah jasadnya kepada tujuh kuasa elemen alam semula jadi untuk menentang musuh.

Boboiboy Kuasa Tiga pun sudah cukup mengujakan, apatah lagi Boboiboy Kuasa Lima dan Boboiboy Kuasa Tujuh. Mungkin itulah tarikan utama untuk menonton filem ini kerana ia membuatkan imaginasi penonton menerawang melihat aksi Boboiboy Kuasa Tujuh menentang kuasa jahat dengan gaya serangan yang hebat dan unik.


Boboiboy Kuasa Tiga (Taufan, Gempa, Halilintar)