Assalamualaikum readers.
Buat pertama kalinya, Facebook telah memperkenalkan Butang Reaksi pada setiap status, gambar dan apa sahaja yang anda dan rakan-rakan anda kongsikan di Facebook. Lima emoticon baru iaitu Love, Angry, Sad, Haha dan Wow boleh digunakan dengan membiarkan klik pada Like untuk seketika (tanpa menekannya), dan kelima-lima emoticon baru tersebut akan muncul (bagi pengguna PC).
Sementara bagi pengguna telefon pintar atau tablet, anda boleh melihat kelima-lima reaksi tersebut dengan menekan Like untuk seketika sehingga ia dipaparkan.
