Satu ketika dulu, kalau Zam tengok gambar harimau di bawah ni, memang Zam sangka ia adalah sejenis harimau yang sama. Mungkin juga ada yang menyangka, leopard dan jaguar adalah haiwan yang sama.
Namun sebenarnya ia dipisahkan dengan beberapa ciri perbezaan yang boleh dilihat secara kasar.
Secara mudah, corak mereka sebenarnya mempunyai perbezaan. Selain itu, jaguar kelihatan lebih gendut berbanding leopard yang badannya lebih fit, dan ekor jaguar yang lebih pendek dari ekor leopard.
