e

Showing posts with label kanak-kanak lemas dalam kereta. Show all posts
Showing posts with label kanak-kanak lemas dalam kereta. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Al Fatihah.. Lagi Kes Kanak-Kanak Mati Lemas Ditinggalkan Dalam Kereta

Innalillahiwainnailaihirojiun.. Satu perkhabaran yang Zam terima dan baca di BH online sebentar tadi. Tak sangka, tragedi ini berulang lagi selepas peristiwa yang sama berlaku pada tahun lepas. Berikut adalah petikan akhbar BH yang memaparkan berita tersebut:



Kuantan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas selepas ditinggalkan hampir sembilan jam dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) bapanya di Indera Mahkota, dekat sini, semalam. Mangsa, Muhammad Ariff Mohd Yusof ditemui bapanya di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 5 petang. Bapa mangsa berusia 41 tahun dikatakan terlupa untuk menghantar Muhammad Ariff yang sepatutnya memasuki taska di Indera Mahkota.