e

Showing posts with label makaroni. Show all posts
Showing posts with label makaroni. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Menu Berbuka Semalam


Assalamualaikum & selamat hari Jumaat guys.. Sempena hari Asyura semalam (10 Muharram), rasanya tentu ramai yang berpuasa kan. Dan mungkin ada yang menyambung puasa ke hari ni. Nak cerita tentang semalam, Zam tak fikirkan nak makan apa untuk berbuka, sampailah tinggal 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib di Kuching. Zam ke dapur dan masak apa yang ada. Terhasillah makaroni goreng dengan keju berperisa BBQ, sosej dan tomato grill dan asparagus celur. Simple.. Menu orang bujang yang sesiapa pun boleh buat.. Nak masak berbagai jenis hidangan melayu, memang tak ar.. Sebab Zam duduk seorang selama ni, jadi tak ada siapa nak makan kalau masak banyak-banyak..