e

Showing posts with label mati akibat leukemia. Show all posts
Showing posts with label mati akibat leukemia. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Kisah Sewaktu Hero Ditemui Dalam Keadaan Kakinya Dipotong

Assalamualaikum & selamat tengah hari. Susulan dari entri mengenai Hero yang mendapat perhatian ramai pembaca semalam: Hero- Si Kucing Berkaki Dua Mati Akibat Leukemia , Zam nak kongsikan pula sedikit kisah mengenai tuan kepada Hero sewaktu menemui kucing tersebut dalam keadaan yang parah setelah akinya dipotong oleh seorang peniaga:



~~Al-Kisahnya Aku Dan Hero~~ 

Pada satu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di satu tempat ( saya baru sahaja berpindah ke tempat ini ), saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air. Setibanya di kedai, saya ternampak ada sekumpulan orang telah berkerumun di depan kedai tersebut. 

Apabila saya menjengah, saya ternampak HERO terbaring tanpa kaki hadapan dan dalam keadaan yang tercungap-cungap. Juga terdapat darah yang banyak keluar dari tempat lukanya. Saya sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun tak tahu.