e

Showing posts with label piala dunia 2014. Show all posts
Showing posts with label piala dunia 2014. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Cristiano Ronaldo Sahkan Akan Bermain Dalam Perlawanan Bertemu Jerman Hari Ini


Assalamualaikum & selamat malam semua.

Sebelum ini, memang timbul pertanyaan di kalangan peminat bola sepak dan penonton berkenaan kemunculan Cristiano Ronaldo sempena perlawanan menentang Jerman hari ini. Ronaldo yang bermain untuk pasukan Portugal dikhabarkan mengalami kecederaan di lutut kirinya sebelum ini, namun beliau mengesahkan bahawa beliau akan turut sama turun padang untuk pertemuan dengan Jerman (sumber).

Semestinya, ramai yang menantikan aksi pemain ini ketika menentang Jerman malam ini. Walaupun sejarah sebelum ini menyaksikan pasukan Jerman selalu mengalahkan Portugal, namun keputusan itu belum tentu dapat dijadikan ukuran yang relevan untuk menentukan pemenangnya malam ini.

GAMBAR: Penyokong Jepun Kutip Sampah Di Stadium Brazil Selepas Perlawanan


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Walaupun pasukan bola sepak Jepun kalah di Piala Dunia sewaktu menentang Ivory Coast Sabtu lalu, dan sudah semestinya mengecewakan para penyokongnya lebih-lebih lagi yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut di stadium, namun sikap yang ditunjukkan oleh mereka selepas perlawanan mendapat pujian ramai.