Assalamualaikum dan selamat malam.
Isu rotan menjadi perbualan hangat hari ni bila rakan-rakan bertemu di tempat kerja. Semestinya, ramai yang menganggap cadangan merotan dijadikan kesalahan jenayah sebagai sesuatu yang tidak kena. Fokusnya, kerana ia dianggap sebagai satu cara mendidik sejak sekian lama, dan diakui keberkesanannya oleh mereka sendiri yang pernah mengalami zaman itu.
Semestinya, ia sesuatu yang berbeza dengan merotan untuk mendera. Jika cadangan ini dilaksanakan, pasti sukar untuk membicarakan kes rotan kerana motif merotan sebagai kaedah mendidik dan mendera boleh dikelirukan. Sebaiknya, cadangan ini diperhalusi dengan lebih mendalam lagi.
Memetik artikel dari Astro Awani:
