e

Showing posts with label tompokan minyak. Show all posts
Showing posts with label tompokan minyak. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Kapal Terbang MAS Hilang | Tompokan Minyak Disahkan Bukan Milik MH370



Assalamualaikum & selamat malam. Susulan entri yang Zam kongsikan bersumberkan Astro Awani sebelum ini: Kapal Terbang MAS Hilang | Maritim Kaji Sampel Tompokan Minyak, pihak APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) baru mengesahkan bahawa ia negatif dan bukan milik MH370. 

Merujuk kepada Astro Awani, perkara itu disahkan Ketua Wilayah Timur APMM, Admiral Pertama Datuk Nasir Adam pada sidang media di ibu pejabat APMM Pasir Putih, Kelantan petang tadi.

Sebaliknya, sampel yang diambil itu dikenalpasti sebagai lebihan minyak yang dilepaskan oleh kapal yang berlayar di sekitar kawasan itu.

Untuk artikel penuh, anda boleh menekan pautan ini.

Sunday, March 9, 2014

Kapal Terbang MAS Hilang | Maritim Kaji Sampel Tompokan Minyak

Assalamualaikum & selamat petang.

Maklumat yang baru diterima dari Astro Awani mengatakan, Maritim Malaysia mengesahkan tumpahan minyak dekat lokasi MH370 hilang (perairan Vietnam) dan akan menguji sampel tompokan minyak tersebut. Menurut pemberita lagi, hasil keputusan tersebut akan diketahu lewat petang nanti.


Tumpahan minyak itu dikesan 120 nautika dari Kota bharu, dan sebelum ini khabar mengenainya tidak disahkan sehinggalah sebentar tadi, perkara itu telah disahkan. (Sumber dari Astro Awani 501)