Kat bawah ni ada beberapa soalan lazim mengenai Bersih yang membantu aku memahami sedikit sebanyak apa yang mereka mahukan. Tinggal kita je menilai dengan pemikiran yang waras dan tenang.
1). Adakah Bersih 3 diperlukan?
Ya, ianya diperlukan memandangkan masih tiada komitmen untuk perubahan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung. Malah, kami masih menemui bukti-bukti penyelewengan yang masih belum ditangani.
2). Mengapakah bertindak terburu-buru untuk diadakan pada 28 April 2012 ?
Semua tanda-tanda menunjukkan parti pemerintah akan mengadakan pilihan raya dalam jangkamasa yang terdekat. Jika kerajaan tulus untuk melaksanakan perubahan, mereka boleh membuatnya kerana mereka masih mempunyai masa sehingga June 2013 untuk mengadakan PRU 13. Kita harus bertindak cepat jika kita mahukan perubahan dilaksanakan sebelum PRU 13.
3). Adakah Bersih dirampas oleh parti pembangkang?
Bersih dianjurkan oleh pertubuhan awam dengan sokongan dari 84 badan bukan kerajaan. Ia adalah perhimpunan badan bukan kerajaan dan tidak boleh dirampas atau diambil alih oleh mana-mana parti politik. Malah, ahli-ahli SEMUA parti politik dijemput menyertainya sebagai rakyat.
4). Adakah anda berpuas hati dengan sebarang kandungan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC)?
Ya. Kami telah mengenal pasti beberapa perkara baik seperti yang disebutkan dalam maklum balas kami yang terperinci terhadap 22 cadangan dalam laporan tersebut . Namun begitu, tiada cadangan yang akan dilaksanakan sebelum berlangsungnya PRU 13. Ini menunjukkan yang tuntutan untuk membersihkan daftar pemilih dan mengubah baik undian pos belum lagi ditepati seperti yang diharapkan. Tuntutan untuk menghapuskan rasuah dan politik kotor berkaitan dengan kesalahan pilihan raya dan piawaian tatalaku tidak disentuh langsung oleh PSC.
5). Adakah ianya wajar bagi cadangan untuk akses media yang bebas dan adil?
Ya. Walaubagaimanapun, ianya terhad kepada akses media sepanjang tempoh berkempen sahaja. Sekiranya kerajaan tekad untuk membuat perubahan seperti yang dikatakan, mereka tiada halangan untuk memastikan akses media yang bebas dan adil dengan serta-merta.
6). Apakah sebab-sebab munasabah mengapa pengundi di luar negara dinafikan hak pengundi sebagai (absentee voters)?
TIADA. Juga, cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk meneliti lebih lanjut perkara ini tidak boleh diterima. Pertubuhan awam telah mengemukakan cadangan terperinci bagi membantu pengundi di luar negara untuk mengundi. Tanpa undian pengundi di luar negara, dianggarakan 1 hingga 2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan hak mengundi. Cadangan ini PATUT DILAKSANAKAN.
7). Mengapakah BERSIH 3.0 diadakan di seluruh negara ?
Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia, baik di dalam dan luar negara, bersuara bagi hak mereka menjalani pilihan raya yang bebas dan adil serta proses yang berdemokrasi. Malaysia adalah negara kita semua. Kita hanya mahu yang terbaik untuk negara kita.
8). Mengapakah Himpunan Hijau menyertai Bersih 3.0 ?
Bersih 3.0 adalah peluang untuk rakyat Malaysia menuntut pilihanraya yang bebas dan bersih. Himpunan Hijau percaya tanpa pilihanraya yang bersih tidak akan ada alam yang bersih. Kami menerima sokongan mereka.
9). Mengapakah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletak jawatan ?
Selama ini, SPR telah menggugat integriti proses pilihan raya. Mereka telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah perlembagaan Malaysia kepada rakyat. Perletakan jawatan ahli-ahli SPR ini adalah langkah pertama ke arah reformasi yang tulus.
10). Mengapakah pemerhati antarabangsa diperlukan semasa pilihan raya umum akan datang ?
Dengan adanya pemerhati antarabangsa, ia akan menggalakkan keyakinan orang ramai di samping mengelakkan penyelewengan dan penipuan. Kehadiran pemerhati antarabangsa adalah amalan yang diterima di seluruh dunia dan memainkan peranan yang penting dalam memberikan penilaian yang tepat dan saksama terhadap integriti proses pilihan raya dalam tatanegara demokratik.
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
sya sampai skrg tak faham pasal bersih. apa2 pun, mmg taktu+kecewa tgk smua ni kat tv. errr, ganas sngt la dia org.
ReplyDeletetakut~~~
ReplyDeletetuntutan diorang ni logik jugak tp caranya yg maybe kurang betul..resultnye ad yg terkorban..
ReplyDeletehuhu.. xbest bl ada yg terkorban
ReplyDeletebile tgk warna kuning yg bnyak2 ni..mcm rusuhan kt thailand je..menakutkan..huhuu..sedih.....
ReplyDelete