e

Friday, November 2, 2012

Mengapa Sukar Menuturkan MAAF Dengan Ikhlas

Salam Jumaat buat semua ('',) Entri pagi ini dimulakan dengan sesi muhasabah diri yang mungkin bermanfaat buat kita. 


MENGAPA SUKAR MENUTURKAN MAAF DENGAN IKHLAS?



Memberi kemaafan & meminta maaf- perkara ini pasti terjadi dalam kehidupan setiap insan. Sebagai manusia yang sering khilaf, kita pasti tak dapat lari dari membuat orang disekeliling terasa dan terkesan dengan perbuatan kita, samada secara sengaja atau tidak. Bila tersedar dengan kesilapan itu, normal bagi kita untuk meminta maaf dengan harapan semoga perkara itu tidak lagi menghantui & mengganggu mereka. Tapi bagaimana pula, jika maaf yang dituturkan seolah olah tidak hadir bersama dengan perasaan yang ikhlas dari hati?

Dalam sikap toleransi, pasti 2 individu yang terlibat saling meminta maaf. Contohnya, si dia sudah  meminta maaf secara baik, & kita sendiri dapat merasakan keikhlasannya. Tapi tiba2 bila kita menuturkan juga kata maaf kepadanya, seolah olah ia tidak dinyatakan dengan ikhlas. Sekadar bibir yang berkata-kata. Pernahkan anda merasainya?

Mungkin, kerana hati masih lagi belum bersih dari sifat2 mazmumah yang bersarang selama ini. Mungkin juga, kerana kita belum muhasabah diri sendiri sepenuhnya untuk menerima dengan hati terbuka tentang kesilapan insan lain. Tak mustahil juga, kerana ego & kedegilan diri kita sendiri.

Maka, apa cara terbaik untuk mengatasinya? Mungkin, para pembaca ada jawapannya.. Zam hargai jika ada yang sudi memberikan pendapat menerusi ruangan komen di bawah.. Terima kasih ('',)

4 comments:

  1. sbb tu ada lagu "sorry seems to be the hardest word"

    ReplyDelete
  2. sebab kadang kadang orang mungkin fikir maaf adalah penyelesai segala masalah.

    ReplyDelete
  3. maaf. depends pd org yg memohon maaf n memaafkan ..

    ReplyDelete