Kalau pelancong dari Semenanjung datang ke Sarawak, Kek Lapis Sarawak ini pasti termasuk dalam senarai utama untuk dibeli sebagai buah tangan. Beberapa hari sebelum berangkat ke sana, pasti ada saja saudara mara yang mengirim & berpesan agar dibelikan juga Kek Lapis Sarawak untuk mereka sekembalinya nanti. Populariti yang diterima telah menjadikannya sebagai salah satu ikon bagi negeri Sarawak secara tidak langsung.
Kenapa Zam tiba-tiba keluarkan kisah Kek Lapis Sarawak ni? Haa.. Sebenarnya Zam baru je pulang ke Semenanjung dari Sarawak Jumaat lepas, & seperti biasa inilah yang menjadi ole-ole untuk keluarga & rakan-rakan. Tentang rasanya, Zam boleh kata memuaskan hati juga, & biasanya Zam akan membelinya dari jiran Zam sendiri di Kuching. Perbezaan yang dapat Zam lihat dari kek yang dibuatnya berbanding kek lain ialah, dari segi saiz & kepadatannya di dalam kotak pembungkus yang digunakan. Memang jiran Zam ni bukan jenis yang kedekut dalam berniaga. Dan biasanya, jika Zam membeli 10 biji kek, dia akan berikan Zam sebiji lagi dengan percuma. Sedekah katanya.. Hehe..
Malam ni, Zam akan berangkat pulang ke Sarawak dengan menaiki pesawat AirAsia. Esok, dah sambung mengajar macam biasa.. Insya Allah, jika tiada aral, Zam akan pulang lagi ke Semenanjung Jumaat depan~ 8 Mac 2013 untuk Majlis Perkahwinan Seorang rakan baik.. Doakan Zam selamat pergi & selamat kembali ya.. :)
aiyooo!! skrng tgh lpr.. nmpk bnda nie lgi kuat lar bnyi drum kt prut nie.. huhuhu~ (-__-)"
ReplyDeletebtw, hve a safe journey!!
hehe.. best tak bunyi drum tu? haha
DeleteThanks ae Fakh ... appn, jgn lupa sarap ae
Zam..akak tingin nak makan kek tu..boleh tolong belikan? Akak bankin duit
ReplyDeleteNi no akak 0199063203
Insya Allah Kak... lagipun jiran Zam tu ambil tempahan pos sekali..
Deletemahal tu....
ReplyDeleteakak tak beli.
member2 akak kalu pegi sana bawa balik kek lapis.
leh la makan free..
sedap.
mana akak sikit?????
akak kene dtg sini ar.. hehe
Deletewah..kat area mane tu?
ReplyDeleteslalu beli kat asma kek house jewp area samarahan..
bleh tahan la sedap jgk ;)
Zam di batu kawa.. yg kat samarahan tu, Zam mmg tak pernah g beli lagi kat sne :)
Deletewah..nak jugak yg free tu zam hahaha...papew pun smoga selamat p n balik. amin^^
ReplyDeletethanks Budu Bilis.. hehe
DeleteByk jenis ke kek lpis dia??brapa rm?zkak nak mkn sgt sebelum bersalin lagi tapi skrg tak dapat mkn lagi walaupun dah 5 bulan bersalin :-)
ReplyDeletekak, banyak jenis, & satu ti rm10 je... oo kes mengidam lah ni ye
Deletebagusnya orang berniaga macam tu kan. Jiran kita pulak tu
ReplyDeletememudahkan urusan.. tak perlu pergi jauh2 utk cri kek lapis ni :)
Deletedah lama tak mkan kek lapis sarawak.....=D
ReplyDeleteskrg pun, ramai gak peniaga di smnjg yg buat kek ni.. Zam biasa terjumpa di pasar tani..
DeleteBiasanya mmg mcm tu kan.. ramai org Srwk yg buat kek ni sendiri.. kami yg dtg dr smnjg je yg beli.. hehe
ReplyDelete