e

Wednesday, March 27, 2013

Minuman Cool Blog.. Bestnye.. Dah Cuba? | Ada Kaitan Dengan Blogger Ke?


Keluar berjalan-jalan di bandar Kota Bharu semalam sebelum bertemu dengan seorang blogger, terasa haus yang teramat. Maklumlah cuaca disini memang panas sejak akhir-akhir ni. Tiba-tiba tekak teringin nak menikmati sesuatu yang best, & lain dari yang lain. Tak tahulah kenapa boleh mengidam macam tu waktu tu. 

Keluar je dari Pasar Siti Khadijah, terpandang kat satu papan kedai yang macam biasa dilihat.

"Cool Blog?"

"Eh, dah ada kat bandar KB rupanya"

Pucuk dicita ulam mendatang. Memang kena pada masanya, nak-nak time haus macam ni. Dah lama teringin nak cuba Cool Blog ni sebenarnya lepas ramai yang promote di FB, cuma baru berpeluang lepas terjumpa. 

Apa yang menariknya, terdapat macam-macam pilihan air dan pilihan topping untuk dicuba mengikut kesukaan. Harga? Memang murah dan berbaloi.. Dengan harga di bawah RM5, korang boleh dapat segelas minuman yang cool & best.

Satu lagi yang menarik perhatian, cara pembungkusannya. Unik. Selepas minuman diisi kedalam bekas, ia akan ditutup kemas dengan pembungkusan vakum.

Tertanya-tanya juga, ada apa dengan nama 'blog' di dalam jenama minuman ini. Zam mencari maklumatnya di laman web mereka, tapi tak berjumpa dengan maklumat yang diinginkan. Korang ada sebarang info yang boleh dikongsikan dengan Zam?


"Strawberry Yogurt with Mango Jelly" yang Zam beli semalam :)

9 comments:

  1. best tu.. Cool Blog dh ada kat banyak tempat dah sekarang kat KB :) Tesco, KB Mall.. kat bandar KB tu pun.. memang best.. tambah2 Kelantan sekarang cuaca panas sangat

    ReplyDelete
  2. hihi..dik zam cik akak nak nak kirim tapau satu..bawa balik sarawak..rasanya kat sarawak belum ade lagi...cuma yang banyak air buble..hihi

    ReplyDelete
  3. Baru je minum tadi. cekelat blog. hahaha :D

    ReplyDelete
  4. baru tau..brand baru ke?...ada blended2x tak?...

    ReplyDelete
  5. sampai skarang xdpt rasa lagi cool blog. eyyai

    ReplyDelete
  6. x pernah miss beli cool blog tiap kali g tesco..err,selalu nampak kat tesco je outlet dia :p

    ReplyDelete
  7. mmg sgtlah sedap cool blog ni. siyes!!
    selalu beli yg choco blog or choco oreo blog.
    mmg best!!

    ReplyDelete