e

Monday, September 29, 2014

Demam Masterchef Kembali Lagi

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Demam Masterchef Kembali Lagi? Adakah Astro akan menampilkan rancangan Masterchef Malaysia Musim Terbaru??

Hmm.. Sebenarnya, itulah yang Zam nantikan. Tapi masih belum ada petanda yang rancangan masakan popular versi Malaysia itu akan diadakan.

Apapun sementara menunggu kemunculan Masterchef Malaysia , saluran 709- Lifetime Asia di Astro bakal menyiarkan rancangan Masterchef Australia Musim Ke 6 mulai hari ini, pada pukul 7 malam, sementara ulangan pada pukul 11 malam. 

Selain Masterchef Malaysia, Zam memang minat sangat Masterchef Australia ni kerana variasi pesertanya yang menarik- iaitu terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, termasuklah peserta Muslim dan peserta dari Asia, termasuklah dari Malaysia.

Dan yang paling menarik, bila beberapa menu dan resepi dari Malaysia ditonjolkan dan ada juga yang menjadi pilihan para juri, seperti Murtabak, Rendang dan Laksa.

Tambahan pula, para juri Masterchef Australia bukanlah jenis yang bongkak dan menyinga, dan rancangan ini kurang unsur sabotaj sesama pesertanya.

Masterchef Australia Musim Ke 6 sebenarnya baru sahaja tamat ditayangkan di Australia beberapa bulan yang lalu, dan merupakan siri Masterchef yang paling baru dan terkini di negara tersebut. Jadi pada sesiapa yang meminati rancangan realiti TV kategori masakan, bolehlah saksikannya ;)

Para Juri bersama Tutor di dapur Masterchef

No comments:

Post a Comment