e

Tuesday, September 30, 2014

Zam Di Tayangan Filem Upin Ipin

Inilah Jadinya Bila Nak Sentuh Komputer Pun Tak Sempat!

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Fuh.. Akhirnya Zam berjaya juga mengemaskini blog dengan satu entri hari ini. Ini baru berkesempatan membuka komputer, sebab dari awal pagi Zam agak sibuk di sekolah dengan aktiviti LDP. Tak boleh nak salahkan program tu, sebab itu termasuk dalam tugas hakiki Zam. Kena utamakan yang itu dululah. Cuma bila ada masa lapang, bolehlah mencelah menulis blog.

Nak update blog dengan telefon di tangan mulanya, tapi telefon pula buat hal.. Tak dapat nak muatnaik gambar yang niatnya nak dijadikan topik entri. Sudahnya, Zam biarkan sahaja sehinggalah dapat idea baru ni:

Gambar Zam Di Tayangan Upin Ipin.

Upin Ipin muncul dalam album baru? Tidak.. Sebenarnya ini adalah filem pertama Upin Ipin yang ditayangkan tahun 2008 dulu. Saja nak kongsikan gambar lama Zam di sini. 


Tapi dalam masa yang sama, Zam dah lama tertunggu filem kedua yang dikhabarkan akan disiarkan di panggung wayang. Tapi tak pastilah ia khabar angin atau betul. Tentu ada yang pernah dengar mengenai filem kedua yang diberi judul ANgkasa. Kalau Zam silap, betulkan Zam ya.

3 comments: