Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penangguhan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara berikutan banjir yang melanda negara ketika ini. (SUMBER RUJUKAN)
Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula 4 Januari 2015 di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor ditangguh sehingga 11 Januari 2015 (Ahad), manakala di negeri lain sesi persekolahan yang pada asalnya akan dimulakan 5 Januari 2015 ditangguh kepada pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Ini adalah bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dan guru-guru bagi membuat persiapan persekolahan setelah terjejas akibat banjir, selain kebanyakan sekolah pada masa ini menjadi Pusat Pemindahan Sementara mangsa-mangsa banjir.
PS: Ini juga bermaksud, Sarawak juga akan memulakan sesi persekolahannya pada 12 Januari. Jadi Insya Allah Zam ada lebih masa untuk berada di semenanjung.
No comments:
Post a Comment