Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini 15 haribulan, merupakan hari kedua terakhir penganjuran Jualan Terbesar Gedung Buku Big Bad Wolf di MINES, Seri Kembangan. Ia akan ditamatkan pada esok, Selasa 16 Disember 2014 ada pukul 9 malam.
BERITA BAIK buat anda yang ingin mengunjungi BIG BAD WOLF!
Atas sambutan luar biasa yang diterima, penganjuran BIG BAD WOLF akan DILANJUTKAN SEHINGGA 21 DISEMBER INI JAM 11.59 MALAM. <<Tarikh tamat 16 Disember sebelum ini telah dibatalkan!>>.
Jadi pada anda yang belum berkesempaan ke sana, atau ingin mengunjunginya sekali lagi, bolehlah gunakan kesempatanterakhir ini ya.
BERITA BAIK buat anda yang ingin mengunjungi BIG BAD WOLF!
Atas sambutan luar biasa yang diterima, penganjuran BIG BAD WOLF akan DILANJUTKAN SEHINGGA 21 DISEMBER INI JAM 11.59 MALAM. <<Tarikh tamat 16 Disember sebelum ini telah dibatalkan!>>.
Jadi pada anda yang belum berkesempaan ke sana, atau ingin mengunjunginya sekali lagi, bolehlah gunakan kesempatan
Sebelum ke sana, ada beberapa tips yang Zam suka nak kongsikan kepada pembaca:
Oleh kerana BBW beroperasi 24 jam, anda bebas pergi ke sana pada bila-bila masa. Namun jika ingin suasana yang lengang, pukul 7 pagi sehingga 9 pagi adalah masanya. Selepas dari itu, pengunjung akan mula ramai.(pukul 11 malam hingga 2 pagi pun, orang sangat ramai! Zam dah pernah pergi.. Boleh rujuk entri ini)
ini pukul 8 pagi
Jika anda ingin membeli banyak buku (kerana buku di sana murah-murah), anda boleh membawa bersama beg sandang, troli atau beg beroda anda sendiri dari rumah mengikut keselesaan anda. Apapun, bakul beroda turut disediakan di sana oleh pihak BBW. (bagi Zam, beg sandang lebih selesa digunakan)
(sumber dari BBW @ FB)
Jika anda telah mengambil beberapa buah buku, TETAPI tiba-tiba tidak jadi membelinya, anda boleh menyerahkannya kepada petugas BBW atau minta mereka uruskannya. JANGAN MALU MEMINTA PERTOLONGAN MEREKA, & JANGAN TINGGALKANNYA DIATAS LANTAI BEGITU SAHAJA :). (sebab tu elok gunakan bakul yang disediakan.. tidak lah bersepah buku-buku yang tidak diinginkan tu)
Letakkan target berapakah jumlah duit yang hendak anda belanjakan di sana. Ini boleh membantu anda mengelakkan pembaziran. Tips ini, Zam akui keberkesanannya sebab Zam berjaya mengawal diri dari mengambil buku yang tidak diperlukan.
Buku ni, dari pukul 8 sampai pukul 11 pegang Zam bawa ke hulu ke hilir.. Last last tak jadi beli, sebab akan buatkan Zam terover budget.. Jadi Zam serahkannya balik kepada petugas BBW
Cari buku-buku yang benar-benar diminati, dan yang akan dibaca. Jika anda rasa anda tidak akan membacanya setelah dibeli, jangan ambil! hehe
Bila melihat banyak buku dengan harga murah di sana, tambah-tambah lagi melihatkan orang ramai membeli berbondong-bondong buku, memang kita akan semangat. Tapi jangan kita beli buku-buku tu kerana tamak atau kerana "Orang lain beli banyak, aku pun nak beli banyak!" ;p

sangat teringin nak berkunjung ke sana!
ReplyDeleteKalau dah nampak buku memang macam banyak nak beli bawak balik satu apa pun tak baca2x lagi. hahaa
ReplyDeletetips berguna ni :)
ReplyDelete