e

Monday, January 26, 2015

Bila Merotan Untuk Mengajar Menjadi Satu Kesalahan


Assalamualaikum dan selamat malam.

Isu rotan menjadi perbualan hangat hari ni bila rakan-rakan bertemu di tempat kerja. Semestinya, ramai yang menganggap cadangan merotan dijadikan kesalahan jenayah sebagai sesuatu yang tidak kena. Fokusnya, kerana ia dianggap sebagai satu cara mendidik sejak sekian lama, dan diakui keberkesanannya oleh mereka sendiri yang pernah mengalami zaman itu.

Semestinya, ia sesuatu yang berbeza dengan merotan untuk mendera. Jika cadangan ini dilaksanakan, pasti sukar untuk membicarakan kes rotan kerana motif merotan sebagai kaedah mendidik dan mendera boleh dikelirukan. Sebaiknya, cadangan ini diperhalusi dengan lebih mendalam lagi.

Memetik artikel dari Astro Awani: 
"Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pelaksanaan akta seumpama itu akan disusuli dengan tindakan memisahkan anak dengan ibu bapa sehingga berusia 18 seperti yang berlaku di Sweden. Katanya, kesalahan jenayah melibatkan dua elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). 

"Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar daripada pengertian ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Untuk artikel lanjut, boleh hit di SINI.


Gambar sekadar hiasan. Diambil dari FB Rasmi Ujang.

4 comments:

  1. rotan2 ni sensitif tau kalau cikgu dengar. hehehe

    ReplyDelete
  2. makin complicated pulak isu rotan merotan ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum zam. pening gak kepala ni.. rasanya tak perlu nak masukkan dalam akta. cukuplah sekadar jangan mengasari anak yang melampau sebab merotan ni salah satu ajaran yang bagus untuk besarkan anak.. kerana rotanlah, ramai yang jadi manusia berguna berbanding yang tak ditangankan...

    ReplyDelete
  4. Wah.. makin naik lemaklah nanti anak2.. yang nakal bertambah nakal.. yang makin kurang ajar bertambah kurang ajar..
    Silap2 anak akan menjadi tuan kepada ibubapanya sendiri.
    Mintak dijauhkan dari kita semua hendakNYA.

    ReplyDelete