Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Hari ni buka saja newsfeed FB selepas pulang dari kerja, tengok-tengok nama Zamani naik dan disebut-disebut ramai, terutamanya dari laman FB beberapa media rasmi. Bukan Zamani 84, tapi penyanyi Zamani Slam. Lama dah tak dengar khabar dari penyanyi bersuara lunak ini. Namun isu yang timbul kali ini, tidak sedap didengar.
Khabarnya visual penyanyi tersebut yang tersebar mencetuskan rasa tidak senang beberapa pihak. Sekali imbas, kita boleh mentafsir situasi yang berlaku, tapi apapun ramai yang tak bersetuju sebab melalui penyebaran visual tersebut, secara langsung telah memberi aib kepada penyanyi ini.
Benda salah, jika benar ia berlaku, secara lumrah memang tidak disukai oleh kita. Tapi, tak bermakna kita boleh sebarkannya. Itu aib.
sungguhpun dia melakukan sesuatu yang salah, tidak bermakna dia boleh diaibkan macam tu sahaja...
ReplyDeleteAku sokong. Diorg suka membuka aib orang lain, sedangkan mereka menutup aib mereka sendiri.
ReplyDeleteZH Blogger