e

Monday, February 2, 2015

Banyak Betul Zam Makan Semalam!

Semalam, hari pertama tutorial di OUM untuk semester baru. Biasanya Zam tak kan sempat sarapan pagi sebelum ke sana, jadi Zam akan bersarapan di kedai berhampiran OUM saja.

Pagi, sebelum masuk tutorial pertama, Zam pekena roti canai. Tak boleh fokus kalau perut lapar.

Tengah hari, selepas tutorial kedua, Zam pesan Nasi Goreng Pattaya pula di kedai yang sama.

Lepas selesai tutorial ke 3, Zam ikut kawan ke bangunan Baitulmal Sarawak, dan sampai sana mereka baru nak lunch. Padahal dah pukul 3 petang. Jadi Zam pun ikut makan juga. Sebab nak yang ringan, Zam makan sushi saja.



Kemudian sambung berjalan ke Pasir Pandak. Balik dari sana, dah magrib. Solat dulu di Kubah Ria, kemudian order Ayam Penyet untuk dinner. Fuhh.. Banyak betul yang Zam makan dalam sehari semalam!


4 comments: