Sejak petang semalam, Zam diserang selsema.. Tiba-tiba.. Mungkin berjangkit dari anak murid yang selsema di hari pertama persekolahan semalam, selepas cuti baru-baru ini. Apa yang paling Zam risaukan adalah, orang lain pula yang akan terjangkit dengan Zam. Nak minta MC, takut susah doktor nak bagi.. Jadi sebagai pencegahan, Zam makan ubat.. Itupun kuat betul kesan mengantuknya.
Di sekolah, rasa nak pakai topeng penutup mulut, tapi tak ada lah pula.. Bergantung kepada tisu saja. Apapun tadi, Zam sempat ke Guardian untuk beli Hand Sanitiser ni. Sekurang-kurangnya, jika bersin dengan menekup tisu ke hidung, Zam boleh bersihkan tangan dari kuman dengan pencuci ni. Beli 1 percuma 1 di Guardian.
Semoga cepat sembuh ye...sy kalau beli ubat selsema dulu bgtau siap2 nak yg tak mengantuk...penangan ubat selsema mengantuk ni mmg boleh tido tak ingat dunia hehe...
ReplyDeletesmoga cepat2 sembuh ye zam..
ReplyDelete