Mana-mana sahaja sekarang di laman sosial, masih ramai yang memperkatakan tentang video yang didakwa mempersenda hukum hudud. Sejak ia mula tersebar di FB beberapa hari lalu, Zam tak buka langsung video tersebut. Pertama, sebab nak elakkan sakit hati (sebab dah terbaca komentar penonton di situ). Kedua, sebab nak jimatkan data internet. Heh heh
Apapun, memang tak patut sangat jika seorang muslim mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa pengguna FB, biarpun ia dikatakan hanya mengikut skrip oleh majikannya. Majikannya turut bersalah dalam hal ini, biarpun pengakuan mereka untuk mengalihkan kemarahan dan perhatian masyarakat daripada penyampai radio syarikat tersebut.
Zam bukan berniat agar pembaca terus membenci wanita tersebut. Apa yang harus direnung ialah, sekarang ni mudah sangat bila orang membuat sesuatu isu yang sensitif, dengan mudah juga mereka akan membuat penafian untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari perkara utama dalam isu tersebut.. Perasan tak?
No comments:
Post a Comment