Salam & selamat malam semua.
Zam baru sahaja tiba di Kuching dari KLIA2 sebentar tadi. Macam biasa, Zam gunakan AirAsia sebab mahukan tambang yang lebih murah.
Tentu ramai di sini yang menggunakan Air Asia untuk berjimat cermat, kan? Semestinya juga, ramai yang tidak kisah duduk dimana-mana tempat duduk di dalam pesawat, kerana tidak mahu menambah kos tambahan untuk memilih tempat duduk.
Tapi, mahukah anda jika mendapat tempat duduk Hot Seat, tanpa dikenakan sebarang bayaran?
Hot Seat adalah tempat duduk khas yang terletak di 5 baris pertama hadapan, dan baris 12 dan 14 yang terletak di pintu kecemasan.
Umum mengetahui, tempat duduk Hot Seat agak mahal iaitu sekitar RM30 namun kelebihannya ialah, anda tidak perlu menunggu giliran yang terlalu lama untuk masuk ke dalam pesawat, dan anda dapat keluar lebih awal dari penumpang lain apabila pesawat telah mendarat di destinasi.
Haa.. Tips yang ingin dikongsikan ini lebih kepada Hot Seat di baris yang pertama hingga ke 5, berhampiran pintu hadapan. *Kenapa? Nanti Zam terangkan.
Apapun harus diingatkan, ia tidak semestinya 100% berkesan, kerana ia bergantung kepada kekosongan tempat duduk Hot Seat tersebut (jika ada penumpang lain yang telah membeli Hot Seat tersebut, maknanya anda memang tak berpeluang duduk di situ lagi). Namun jangan risau kerana peluangnya masih ada.
Caranya adalah dengan,
#mendaftar masuk (check in) penerbangan anda dalam tempoh satu jam terakhir sebelum kiosk daftar masuk ditutup.
(PS: JANGAN PULA KELIRU DENGAN SATU JAM SEBELUM MASA PENERBANGAN.. IA ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA)
Macam contoh:
Masa penerbangan Zam tadi adalah pukul 4.20 petang.
Waktu kiosk daftar masuk ditutup untuk penerbangan Zam adalah sejam sebelum masa penerbangan, jadi ini bermakna waktu kiosk ditutup adalah pada 3.20 petang.
Jadi antara pukul #2.20 sehingga 3.20, Zam akan mendaftar masuk di kiosk.
Lagi dekat dengan waktu kiosk daftar masuk ditutup, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat Hot Seat di baris 1 hingga 5, *kerana ia pilihan terakhir untuk sistem Air Asia menetapkan tempat duduk penumpang yang lewat mendaftar masuk, itupun dengan syarat Hot Seat tersebut masih kosong.
Namun, ada risikonya juga. Jika sengaja melewatkan check in di kiosk, risiko terbesar adalah kiosk telah ditutup. Apabila kiosk ditutup, penumpang harus check in di kaunter biasa dan perlu membayar RM10.
thanks for the info a.zam
ReplyDelete~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com