e

Friday, April 10, 2015

Seluar Dalam Dan Baju Bergantungan Di Sepanjang Jalan

Kita mungkin biasa mendengar cerita bungkusan sampah yang tertinggal atas kereta- kemudian lupa dibuang lalu diarak ke hulu hilir. Hanya apabila pemandu keluar dari keretanya selepas itu, baru diperasan mereka. Tapi kali ini, bagaimana jika seluar dalam dan pakaian yang dijemur pula yang dilupa? Haru jadinya..

Mungkin semasa menjemur pakaian malam sebelumnya, oleh kerana tiada tempat atau ruang lagi utuk menjemur pakaian, pemilik kereta ini menggantungkan bajunya buat sementara waktu di wiper belakang kereta. Kemudian, terlupa pula untuk mengambilnya semula sebelum pergi kerja keesokan harinya..

Terjemahan: Zaman serba maju.. Hidup selalu rushing.. Kalau tak, hilang rezeki.. Kadang-kadang terkejar kejar dengan masa.. sebab itulah perkara remeh pun jadi terlupa sana sini.. Contoh, lupa angkat kain jemuran.. Selamat pagi semua..

4 comments:

  1. adoiii...hopefully ada yang sudi turunkan tingkap kereta dan bgtau pemandu tu.

    ReplyDelete
  2. dapat gak whatsapp ni. kecian orang tu... klu baju je ok ni dalam2 semua ada...

    ReplyDelete
  3. haa.. biasalah kejar masa.. sama gak dgn wife hari tu buat jamuan saiz utk 10 org saja utk guru di sekolah agama..semasa bawa sudu dan gelas dlm satu bakul masuk dlm kereta dia letak sementara atas bumbung kereta.. utk ambil dlm kunci dlm beg sandang... terlupa nak masukan terus jln.. betabur sudu dan gelas di jalan raya......follow blog ni

    ReplyDelete