Assalamualaikum readers.
Pernah tak korang merasa, diberikan sejumlah wang yang banyak (bukan gaji) untuk dibelanjakan sampai habis? Kalau lah dapat, memang akan bershopping sakan kan?
Situasi yang sama dialami oleh Zam semalam. Seronok dapat ratusan ringgit untuk dibelanjakan dalam sehari. Macam macam dibeli oleh Zam. Rasa perlu saja, terus ambil masuk dalam bakul. Dah tak berkira dengan harga, sebab memang duit dah diberikan tanpa perlu dibayar balik.
Apapun, barang yang dibeli bukan untuk Zam, tapi lebih kepada barang barang bantu mengajar untuk murid -murid Zam, di bawah Panitia Sains. Haa... Maksudnya, cerita Zam ni tentang duit PCG yang diperuntukkan kepada sekolah mengikut panitia-panitia yang ada oleh kerajaan. Setiap panitia boleh membeli barangan/item/bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid di dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah dengan menggunakan duit tersebut. Sebelum ini, Zam kerap juga membeli barangan dengan duit PCG, terutamanya untuk subjek Pendidikan Seni.
Jadi untuk memenuhi gesaan perbelanjaan yang perlu dilakukan dalam masa terdekat ni, Zam dan rakan ke Popular Book Store di Tun Jugah, Kuching. Pada Zam, berbanding kedai buku yang lain, terdapat lebih banyak pilihan barangan di sini dan adakalanya harga yang diberikan adalah lebih murah.
No comments:
Post a Comment