e

Sunday, January 24, 2016

Kain Serikin 2016


Kain Serikin 2016

Assalamualaikum readers.

Setelah merancang sejak semalam, hari ni Zam dan rakan ke Pasar Serikin yang terletak di Bau, Sarawak untuk membeli barang persiapan untuk majlis kahwin adiknya di Kelantan bulan 3 nanti. Pasar ini hanya dibuka untuk 2 hari saja di hujung minggu, dan jaraknya dari Kuching mengambil masa hampir sejam perjalanan dengan kereta.

Biasanya kami ke sini mencari kain batik Indonesia atau kain pasang yang boleh dijadikan baju kurung untuk saudara mara perempuan pengantin untuk dipakai sedondon di majlis perkahwinan. Kira unik juga dan berbeza dari corak kain-kain yang biasa ditemui di Semenanjung.

5 kain diatas tu, adalah kain pasang (4 meter) yang boleh ditemui di Pasar Serikin. Sesuai dibuat baju kurung atau baju kemeja untuk lelaki (seakan kemeja batik).

Sebenarnya, banyak lagi pilihan corak dan warna yang ada, cuma Zam ni gilakan warna hijau, jadi semua kain pasang bewarna hijau yang ada di kedai tersebut yang menarik perhatian, Zam ambil gambar untuk dikongsikan dengan pembaca.

Tapi Zam tak beli kelima-lima kain pasang. Cuma satu saja untuk dibuat baju kemeja ke pejabat di hari Khamis. Sebelum ni, kerap juga Zam membeli belah kain pasang ni di Pasar Serikin untuk ahli keluarga dan saudara mara di Semenanjung, tapi tak pernah pun beli untuk diri sendiri. Jadi inilah kali pertama Zam beli kain pasang tersebut untuk kegunaan diri sendiri.

2 comments:

  1. Cantiklah yang ada corak warna kebiru biruan tu...

    ReplyDelete
  2. corak mcm tu hanya ada kat sarawak je zam.

    ReplyDelete